COUNDOWN REGISTRATION

Friday, December 9, 2011

..Terma & Syarat Penyertaan..

..alhamdulillah, sambutan telah masuk tahun yang ke-2 setelah keberjayaan yg dicapai pada tahun sudah melalui Disember.Ku untuk Disember.Mu (2010)..untuk tahun ini, Disember.Ku-Disember.Mu Fiesta akan membawa pendekatan yg baru bagi mendekatkan sy kepada semua yg mengenali diri sy tidak kire secara mutual mahupun actual..sebagaimana yang pernah diperkatakan, Disember adalah bulan yg selalu diraikan oleh saya, dan apa yg sy mahukan agar semua orang di sekeliling turut serta meraikannya bersama saya..berbanding tahun sudah, Kad Ucapan Eksklusif diberikan kepada 6 pemenang yg bertuah..boleh refer kepada note yg sudah..tapi untuk tahun ni..kelainan disuntik..


:: SYARAT & TERMA PENYERTAAN DISEMBER.KU-DISEMBER.MU FIESTA ::


1. Penyertaan terbuka kepada semua yang tersenarai di dalam fwens list Facebook Arief Nazrye & Arief Nazrye's Studio. Tidak kira yg aktif, pasif mahupun stalker !!



2. Penyertaan dibuka mulai 10 Disember 2011 dan berakhir pada 31 Disember 2011 pada jam 11.59 mlm.



3. Senarai pemenang akan diumumkan di dinding utama Arief Nazrye & Arief Nazrye's Studio seminggu/sebulan selepas tarikh tutup. Ini bagi memberi ruang para juri profesional mengadili setiap penyertaan yg diterima.



4. Pihak penganjur berhak untuk menyiarkan nama, dan info page anda di Wall Arief Nazrye, Arief Nazrye's Studio atau di mana² media komunikasi milik Arief Nazrye atas tujuan promosi.


5. Peserta akan dihubungi melalui telefon berdasarkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi pada ruangan borang Disember.Ku-Disember.Mu Fiesta. Borang yang tidak lengkap secara automatik akan ditolak penyertaannya. Borang boleh diisi secara online menerusi ruangan borang yang disertakan di sebelah kanan anda --->


*borang boleh diisi pada bila² masa setelah anda memahami akan Syarat & Terma penyertaan~


6. Semua peserta yang telah pun berdaftar akan menerima PANGGILAN BERTUAH dari pihak penganjur dan setiap panggilan yang diterima harus dijawab dengan mengatakan "..HAI DISEMBER.."..kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan anda terbatal dan peluang anda untuk menerima hadiah UTAMA dari pihak penganjur lenyap sama sekali.


7. Pengadilan adalah berdasarkan panggilan telefon serta kata laluan yang akan ditanya selepas anda berjaya menjawab panggilan telefon dengan cara yang betul sebagaimana yang dinyatakan pada syarat & terma (6) di atas.


8. Keputusan adalah MUKTAMAD. sebarang rayuan dan esakkan tidak akan dilayan sama skali !! ^.^ sebarang pindaan terhadap tarikh tutup dan berkaitan syarat penyertaan akan diumumkan melalui Dinding Utama Arief Nazrye & Arief Nazrye's Studio..


9. Panggilan telefon akan dibuat BERMULA pada 10 DISEMBER 2011 sehingga 31 DISEMBER 2011 pada bila² masa dan ketika.



10. Walaubagaimanapun, penyertaan yang gagal melalui panggilan telefon, anda masih lagi berpeluang untuk menerima hadiah saguhati dari pihak penganjur melalui slogan yang disampaikan menerusi borang penyertaan di laman sesawang yang telah disertakan..slogan atau ucapan boleh dihantar seberapa banyak yang dikehendaki, namun panggilan telefon hanya akan dibuat sekali sahaja.


11. Hadiah yang bakal dimenangi akan diumumkan dan dihebahkan di wall utama Arief Nazrye & Arief Nazrye's Studio. 3 pemenang UTAMA & 5 pemenang SAGUHATI akan dipilih selepas tarikh penyertaan ditutup. Yang pasti, hadiah lebih grand dari tahun sudah kerana alhamdulillah peruntukan yang lebih untuk sambutan Disember.Ku-Disember.Mu Fiesta kali ini.


12. Kata laluan : Disember.Ku-Disember.Mu Fiesta


..akhir skali..Raikan Disember bersama Arief Nazrye..